Ladang-ladang RISDA yang diurustadbir oleh RISDA ESTATES telah melaksanakan pemetaan digital dengan menggunakan teknologi GPS-GIS. Pemetaan digital yang dijalankan oleh pihak RISDA ESTATES adalah menggunakan alat Trimble Mapping Grade GPS iaitu GEO CE XT yang terkini dengan ketepatan ‘sub-meter
Pemetaan GPS-GIS meliputi kawasan sawit matang, sawit belum matang dan kawasan getah yang belum matang. Ia meliputi sempadan perimeter ladang, sempadan field, sempadan sub-field, semua jalan-jalan utama, jalan-jalan pertanian, struktur bangunan, sungai, parit, kolam, tasik, paya, kawasan terlebih tanam dan kawasan tidak bertanam. Di samping itu juga penyediaan peta kontor dan peta tanah bagi sesebuah ladang juga telah dilaksanakan. Semua proses penyediaan peta dilakukan dengan menggunakan perisian Mapinfo Professional.