RISDA Estates dipertanggungjawabkan untuk menguruskan 19 buah Ladang RISDA di seluruh negara dengan keluasan 47,590.05 hektar yang meliputi 35,160.69 hektar kawasan sawit matang, 75.40 hektar kawasan sawit muda manakala 3,872.54 kawasan dalam proses tanam semula. Kawasan getah pula meliputi 277.01 hektar kawasan getah matang dan 309.43 hektar kawasan getah muda.Selain daripada itu, RISDA Estates juga terlibat dengan pembangunan Ladang Ortet dengan keluasan 262.89 hektar.
Dalam pengurusan kilang pula, RISDA Estates bertanggungjawab dalam menguruskan 3 buah kilang sawit RISDA iaitu Kilang Sawit RISDA Durian Mas, Kilang Sawit RISDA Ulu Keratong dan Kilang Sawit RISDA Sg. Ambat.