MESYUARAT AGUNG KSKE (Ibu Pejabat) KE-28.
Pada 17 Mac 2023, bertempat di Dewan Mestika Sari RESB telah diadakan Mesyuarat Agung KSKE kali ke 28 yang telah dirasmikan oleh Ybhg En. Mohammad Zakaria bin Alang Zahari, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Penaung KSKE Ibu Pejabat.
Dalam Ucapan perasmian tersebut, Ybhg tuan CEO telah menekankan beberapa aspek yang perlu diberi perhatian. Antaranya, memberi tumpuan kepada beberapa acara sukan yang berpotensi untuk diperkasakan seperti petanque, boling dan beberapa acara lain bukan sahaja diperingkat KSKE malah diperingkat RESB keseluruhannya. Aktiviti kerohanian seperti bicara ilmu, kuliah agama juga tidak ketinggalan untuk terus diberi perhatian buat Ajk yang bakal dilantik.
Pemilihan AJK KSKE untuk sesi 2023/2025 telah muncul beberapa muka baru yang terpilih untuk menerajui pimpinan KSKE seterusnya. Ribuan terima kasih kepada AJK terdahulu yang telah mencurah jasa dan bakti yang cemerlang. Semoga KSKE terus gemilang dan terbilang.