Sentiasa menggunakan amalan pertanian yang baik seperti benih tanaman terpilih daripada semaian in-situ, penanaman kacang tutup bumi, penggunaan bahan organik, pembakaran sifar, mengitar semula bio-jisim pokok dalam ladang dan lain-lain.
Amalan kerja yang mesra alam dititikberatkan seperti penyelenggaraan rumpai, ragutan rumpai oleh lembu, rotor slasher bagi meminimumkan penggunaan racun kimia.
Teknik kawalan musuh dan makhluk perosak menggunakan burung hantu, perangkap hormon dan pokok bunga dapat memelihara alam sekitar.
Operasi pembajaan, penuaian dan pengalihan hasil dilaksanakan secara mekanikal menggunakan jentera/mesin dan kerbau bertujuan mempercepatkan penghantaran buah sawit ke kilang dan mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing.