Lokasi RISDA Eco Park terletak di Daerah Batang Padang, Mukim Slim. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Eco Park yang terletak di Ladang RISDA Ulu Slim mengambil masa sekitar 1 jam 30 minit (masa perjalanan) melalui Lebuhraya Utara Selatan, susur keluar di Tanjung Malim. Jarak dari Tanjung Malim ke RISDA Eco Park adalah kira-kira 30 km. Manakala jika dari Ipoh lebih kurang 1 jam 45 minit (masa perjalanan) melalui Lebuhraya Utara Selatan, susur keluar di Slim River. Jarak dari Slim River ke RISDA Eco Park adalah kira-kira 23 km.
Ladang RISDA Ulu Slim berkeluasan 2,234 hektar dan dikelilingi oleh keindahan alam semula jadi. Kawasan ladang ini dikelilingi oleh hutan simpan berlatar belakang banjaran titiwangsa di mana sungai -sungai yang tidak tercemar mengalir melalui kawasan ladang. Kawasan sekitar pula didiami oleh perkampungan tradisi Melayu dan orang Asli. Di samping itu, terdapat punca air panas berhampiran kawasan ladang iaitu di kawasan Kg. Pasir, Ulu Slim.
KEMUDAHAN & FASILITI
Kemudahan yang disediakan di RISDA Eco Park adalah seperti :-
- 20 unit kabin yang boleh menempatkan 120 orang, dilengkapi dengan kemudahan asas seperti katil (6 katil / kabin), penyaman udara, kipas dan tandas (dalam kabin).
- Fasiliti lain seperti pancuran air, Wakaf, Gazebo, tempat rehat / berkelah, kawasan berpasir yang sesuai untuk melakukan ‘outdoor games’ dan ‘Shuttle Tractor’ iaitu kenderaan yang boleh digunakan di Eco Park dan melawat sekitar kawasan Eco Park.
- Kawasan tapak perkhemahan.
AKTIVITI DI RISDA ECO PARK
Aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan di RISDA Eco Park adalah seperti :-
- Sesuai untuk perkelahan secara berkumpulan atau melakukan aktiviti santai bersama keluarga.
- Sesuai untuk aktiviti sukaneka ( ‘telematch’ ).
- Sesuai untuk mengadakan kursus-kursus secara ‘Hands-On’.
- Sesuai untuk menjalankan aktiviti-aktiviti lasak seperti menunggang kenderaan ATV, ‘Jungle Tracking’ Lata Berembun dan sekitarnya serta ‘Fyling Fox’ yang dikendalikan oleh penyelia yang berpengalaman.
Sesuai diadakan aktiviti-aktiviti lasak di sepanjang sungai seperti ‘white water rafting’, ‘mountain bike’s’, ‘fourwheel drive’, ‘water tubing’, ‘paintball’ dan pelbagai lagi.
PAKEJ PENGINAPAN
1. Rumah Penginapan Akademi (5/6 katil)
2. Kabin Eco Park (20 kabin) – boleh menampung 120 orang
- 1 kabin 6 orang
- Kemudahan riadah
- Pelbagai menu masakan
*dengan harga yang berpatutan
PAKEJ ECO :
PAKEJ | HARGA |
BASIC + Water Rafting | RM260.00 |
BASIC + ATV | RM100.00 |
BASIC + Jungle Trekking | RM110.00 |
BASIC + Paintball | RM130.00 |
BASIC + Flying Fox | RM100.00 |
Basic: Penginapan + Makanan
PAKEJ ECO 3 : FREE & EASY
BIL | SEWAAN / AKTIVITI | HARGA (RM) | |
PENGINAPAN : | |||
1. | KABIN VIP | – | RM176/HARI |
KABIN VIP(HARIAN) | – | RM88/HARI | |
KABIN | – | RM164/HARI | |
KABIN (HARIAN) | – | RM82/HARI | |
2. | TAPAK KHEMAH(SAIZ: 5x5m) | – | RM53/HARI |
3. | MAKAN MINUM (6 KALI)
(TEMPAHAN MINIMA 20 PAX) |
– | RM43/HARI |
4. | WAKAF (SAIZ: 3X3M) | – | RM32/HARI |
5. | GAZEBO (SAIZ: 1.8X1.8M) | – | RM22/HARI |
6. | DEWAN TERBUKA
(TERMASUK MEJA DAN KERUSI – 80 ORANG)
|
– | RM265/HARI |
7. | KHEMAH (KANOPI 20’X20’) (TERMASUK MEJA DAN KERUSI – 30 ORANG)
|
– | RM160/HARI |
AKTIVITI | |||
8. | ATV (30 MINIT) | – | RM32/SEORANG |
9. | JUNGLE TRACKING (2 KM) | – | RM43/SEORANG (MINIMA 20 ORANG) |
– | RM53/SEORANG (MINIMA 10 ORANG) | ||
10. | PAINTBALL (250 PALLET) | – | RM64/ORANG |
11. | FLYING FOX | – | RM32/ORANG |
12. | WHITE WATER RAFTING | – | RM191/ORANG |
13. | WHITE TUBING | – | RM64/ORANG |
14. | WATER BLOB | – | RM42/ORANG |
15. | KAYAK | – | RM64/ORANG |
16. | PADANG SUKANEKA | RM53/HARI | |
17. | TEMPAT PEMBAKAR BBQ | RM22/HARI | |
18. | CAJ MASUK (BERKHEMAH & HARIAN) | RM16/KERETA
RM6/MOTOSIKAL |
Maklumat lanjut hubungi :
En. Norhizam bin Sahwan : 012-610 6794
Puan. Noorrita Rosmawati binti Ibrahim : 019-424 7376
No. Tel (Ibu Pejabat) : 03-4270 4021
No. Tel. Akademi : 013-398 4028
Anda juga boleh menghubungi atau membuat pertanyaan melalui borang ini.