PENGURUSAN
PENGURUSAN LADANG
Ejen mengurus (24 Ladang RISDA)
- Ladang Sawit (Matang) : 35,821.99 Hektar
- Ladang Sawit (Belum Matang) : 2,630.26 Hektar
- Ladang Sawit (Tanam Semula) : 563.29 Hektar
- Kawasan Pemulihan : 804.80 Hektar
– Keseluruhan Bertanam : 39,820.34 Hektar
- Lain-lain Kawasan : 7,699.66 Hektar
JUMLAH KESELURUHAN : 47,520.00 Hektar
PENGURUSAN KILANG SAWIT
- Kilang Sawit Durian Mas
- Kilang Sawit Ulu Keratong
- Kilang Sawit Sg. Ambat
PEMBANGUNAN LADANG
PEMBANGUNAN
- Ladang Ortet – 262.89 Hektar
AKADEMI RISDA ESTATES / RISDA ECOPARK
AKADEMI RISDA ESTATES
- Pakej penginapan secara homestay yang lengkap dengan dewan kuliah, dewan makan dan tempat riadah seperti futsal dan bola tampar.
- Pakej kursus bina semangat, kerjasama berpasukan dan kem motivasi, seminar, program jati diri dan ilmiah.
- Kursus mengikut keperluan pelanggan (Tailor-Made-Courses).
- Menu masakan ala kampung yang sesuai dengan citarasa pelanggan.
- Homestay untuk bercuti bersama keluarga, menghadiri majlis perkahwinan, hari keluarga, reunion dan karaoke.
- Aktiviti fizikal, riadah dan rekreasi.
RISDA ECO PARK
- Pakej penginapan 20 kabin dilengkapi dengan 6 katil bujang, bilik air dalam, penghawa dingin, kipas dan soket.
- Kemudahan riadah air terjun, keindahan alam semula jadi.
- Aktiviti sukan lasak sepeti white water rafting, kayak, water tubing, water blob, rakit, ATV, jungle trekking, flying fox, paintball dan tapak perkhemahan (campsite).
- Menu masakan ala kampung.
- Dewan terbuka untuk aktiviti program kerjasama berpasukan dan riadah.
PERKHIDMATAN
KHIDMAT NASIHAT & ANALISA MAKMAL
KHIDMAT ANALISA MAKMAL
- Analisa sampel pertanian iaitu baja, tanah, daun mengikut Jabatan Standard Malaysia dan di akreditasi Sijil ISO/IEC 17025.2017 Chemical Testing SAMM No.258 sejak tahun 2003.
- Analisa sampel mikrobiologi dan dilantik oleh MPOB sebagai makmal panel Analisa Hendersonia.
- Analisa sampel kompos, baja cecair dan baja organik.
- Menjalankan kursus analisa makmal dan konsultansi ISO/IEC 17025.
KHIDMAT R&D DAN PEMBANGUNAN PRODUK
- Khidmat pengukuran tampang untuk menentukan indeks kesuburan pokok sawit belum matang.
- Kursus teknikal tanaman sawit serta getah, tanah dan baja.
- Produk.
- Baja Folliar ‘ERAS Grow’.
- Sungkupan biodegradasi ‘Eko Mat’ untuk pokok sawit.
- Plastik biodegradasi bungkusan baja kimia ‘E-Bungkus’.
KHIDMAT PEMETAAN GPS-GIS
- Pemetaan inventori menggunakan peralatan GPS sub meter (<1m) untuk menentukan kedudukan latitud dan logitud ladang.
- Verifikasi batu sempadan ladang sedia ada atau persempadanan baharu.
- Perancangan ladang merangkumi barisan tanaman, jalan, perparitan dan lain-lain.
- Pengiraan pokok di ladang menggunakan imej satelit resolusi tinggi dan pemetaan dron/UAV.
- Pemprosesan imej satelit resolusi tinggi, foto udara dan orto foto bentuk muka bumi.
- Kursus penggunaan GPS-GIS di ladang.
PENGELUARAN
PENGELUAR BAHAN ORGANIK
1) BAJA ORGANIK ESTATE (BOE)
- BOE adalah baja yang terhasil dari sisa kepala sawit yang dikompos menggunakan teknologi terkini diperkaya dengan mineral dan mikroorganisma berfaedah yang membantu meningkatkan aktiviti mikrob di dalam tanah.
- Baja yang dihasilkan bebas daripada tanah, pathogen dan nemathode dan sisa bahan kimia.
- Kajian menunjukkan BOE boleh menggantikan 20% penggunaan baja kimia dan amat sesuai digunakan bagi tanaman kelapa sawit, getah, padi dan juga tanaman buah-buahan.
- Jenis BOE yang dipasarkan :-
- i) BOE Pome.
- ii) BOE Plus.
- iii) BOE Raw (fiber base).
- iv) BBOE Hendersonia.