Lokasi Akademi RISDA ESTATES terletak di Daerah Batang Padang, Mukim Slim. Dari Kuala Lumpur lebih kurang 40 minit (masa perjalanan) melalui Lebuhraya Utara Selatan, susur keluar ke Tanjung Malim. Lebih kurang 30km ke Ulu Slim (Ladang RISDA Ulu Slim). Dari Ipoh lebih kurang 45 minit (masa perjalanan) melalui Lebuhraya Utara Selatan, susur keluar ke Slim River. Lebih kurang 16km dari Slim River ke Ulu Slim (Ladang RISDA Ulu Slim).it dan getah.

Lokasi Ladang RISDA Ulu Slim mempunyai keluasan 2,234 hektar, Ladang ini ditanam dengan tanaman sawit dan getah. Tidak jauh dari ladang ini ialah Ladang RISDA Serigala, Slim River dan Ladang RISDA Bukit Kota di Air Tawar, Perak. Ladang-ladang ini sesuai dijadikan tempat latihan bagi mereka yang berkecimpung dalam industri perladangan sawit dan getah.

Lokasi Ladang RISDA Ulu Slim juga mempunyai kemudahan-kemudahan semula jadi yang indah seperti sungai yang mempunyai jeram-jeram deras dan juga kawasan hutan yang bersempadanan. Kesemua adalah ciri-ciri lokasi pusat attachment yang sesuai.

Sebuah kawasan perkampungan yang terletak di antara Perak dan Pahang (dipisahkan oleh Banjaran Titiwangsa). Alam sekitar masih terpelihara dari arus pembangunan. 80% adalah kawasan berbukit manakala 20% adalah rata (merupakan banjaran titiwangsa). Terdapat banyak air terjun, hidupan liar dan tumbuhan liar yang masih terpelihara.

Akademi RISDA ESTATES diwujudkan bagi memenuhi kehendak industri bagi bekalan sumber manusia mahir. Akademi RISDA ESTATES berupaya menampung seramai 100 orang pada satu-satu masa.

Dengan persekitaran yang hijau dan hening jauh dari hiruk pikuk kesibukan kota, dapat menjadikan Akademi RISDA ESTATES sebuah pusat latihan induksi kepada RISDA ESTATES, RISDA dan orang awam. Kewujudan Akademi RISDA ESTATES menitikberatkan pemuliharaan alam semulajadi ‘Back to Nature’ dengan keindahan alam semulajadi, suasana  yang tenang dengan air terjun yang mengasyikkan.

Akademi RISDA ESTATES mengadaptasikan konsep ‘Blue Ocean Strategy’ dengan mengembeling kepakaran staf professional dari dalam dan luar sebagai tenaga pengajar. Akademi RISDA ESTATES menyediakan pelbagai pakej dan kemudahan kepada para peserta kursus / individu :

PAKEJ PENGINAPAN

Penginapan yang selesa dilengkapi dengan dewan kuliah, dewan makan serta tempat beriadah (gelanggang futsal dan bola tampar). Menu masakan pula ala kampung yang sesuai dengan citarasa pengunjung.

KADAR SEWA BANGUNAN

BIL SEWAAN HARGA (RM)
1. DEWAN UTAMA RM500/HARI
2. DEWAN DUA RM300/HARI
3. RUMAH VIP 1 & 2 RM300/HARI
4. RUMAH NO. 3 & 4 RM250/HARI
5. RUMAH NO. 7 & 8 RM200/HARI
6. RUMAH NO. 11 & 12 RM200/HARI
7. RUMAH NO. 1 & 2 RM150/HARI
8. RUMAH NO. 5 & 6 RM150/HARI
9. RUMAH NO. 9 & 10 RM150/HARI
10. RUMAH NO. 13 – 20 RM150/HARI
11. PADANG FUTSAL RM20/JAM (SIANG)
RM30/JAM (MALAM)
12. PADANG BOLA TAMPAR RM10/JAM

PAKEJ KURSUS

Kursus-kursus yang ditawarkan adalah yang berkaitan dengan pembangunan dan pengkhususan ladang (getah dan kelapa sawit) merangkumi pengurusan sumber manusia perakaunan dan operasi ladang termasuk :

  • Penyediaan Tanah
  • Pemasaran Hasil
  • Pengurusan Tanah
  • Pembajaan
  • Pengurusan Air & Kanopi
  • Diskriminasi Pembajaan
  • Penggredan BTS
  • Tanaman Penutup Bumi
  • Penuaian & Pemangkasan
  • Pembinaan Teres
  • Penggunaan Kerbau
  • Banci Tandan Hitam & Anggaran Hasil & Perosak
  • Kawalan Musuh / Penyakit
  • Menyediakan kursus mengikut keperluan pelanggan (Tailor-made courses)

HOMESTAY

Pakej penginapan kepada yang bercuti bersama keluarga bagi aktiviti keluarga mahupun dijadikan rumah rehat bagi yang menghadiri majlis perkahwinan di kawasan sekitar.

Dengan adanya perkhidmatan dan promosi serta servis yang terbaik, sudah pasti Akademi RISDA ESTATES akan menjadi ‘Training Resort’ yang boleh bersaing dengan pihak lain.

Kemudahan Penginapan

  • Rumah Penginapan ( 5/6 katil)
  • Kemudahan Riadah & Rekreasi
  • Pelbagai menu masakan
    *Dengan Harga yang Berpatutan

Pakej Kursus

  • 6 x Makan Sehari,
  • Dewan Kuliah, (Peralatan PA Sistem / Rostrum / Projector / Whiteboard with Writing Material)
  • Latihan Amali dalam Ladang / Kilang (diawasi dan tunjuk ajar oleh sifu)

KEMUDAHAN AKTIVITI

Aktiviti Fizikal, Riadah dan Rekreasi, Aktiviti berakit, 4×4 training, merentas desa dan Karaoke.

Maklumat lanjut hubungi :

En. Norhizam bin Sahwan : 012-610 6794
Puan. Noorrita Rosmawati binti Ibrahim : 019-424 7376
No. Tel (Ibu Pejabat) : 03-4270 4021
No. Tel. Akademi : 013-398 4028

Anda juga boleh menghubungi atau membuat pertanyaan melalui borang ini.