RISDA ESTATES menjalankan khidmat nasihat agronomi dan analisa makmal melalui ESPEK Research and Advisory Services (ERAS) yang terletak di Bangi dan beralamat di No 8, Persiaran Institusi, 43000 Kajang, Selangor. Untuk sebarang pertanyaan ERAS boleh dihubungi melalui telefon 03-89256448 atau faks 03-89256449.

Setaraf dengan kepakarannya dalam bidang agronomi dan analisa makmal maka pelbagai perkhidmatan telah ditawarkan. Diantara perkhidmatan yang dijalankan adalah seperti analisis sampel daun, baja dan tanah, kajian feasibiliti, syor pembajaan, nasihat pengurusan ladang dan sebagainya. Selain itu, ERAS turut menjalankan penentuan kesesuaian tanaman dan pengklasifikasian siri tanah.

UNIT MAKMAL

Berikut adalah senarai analisis yang ditawarkan oleh makmal :

  1. Analisis baja – Nitrogen(N), Fosforus(P), Kalium(K), Magnesium(Mg), Boron(B) & Kelembapan
  2. Analisis daun – Nitrogen(N), Karbon (C), Fosforus(P), Kalium(K), Magnesium(Mg), Kalsium (Ca), Boron(B), Sulphur (S), C/N ratio & TE
  3. Analisis kompos – Nitrogen(N), Karbon (C), Fosforus(P), Kalium(K), Magnesium(Mg), Kalsium (Ca), Boron(B), Sulphur (S), C/N ratio & Kelembapan
  4. Analisis tanah – Nitrogen(N), Karbon (C), Total & Available Fosforus(P), Kalium(K), Magnesium(Mg), Kalsium (Ca), Natrium(Na), C/N ratio & Kelembapan, pH, Konduktiviti, CEC/KPK, Ketepuan Bes, Analisa Mekanikal(MA).

Bagi meningkatkan efisiensi, makmal ERAS dilengkapi dengan peralatan-peralatan makmal yang terbaru. Diantaranya adalah seperti ICP-OES, Elemental Analyzer, AAS & CFA.

UNIT KAJIBANCI

  1. Menjalankan kajian feasibiliti/tanah untuk tujuan perladangan di dalam dan luar negara
  2. Memberi perkhidmatan konsultansi dan pengesyoran amalan agronomi bagi tanaman sawit/getah (muda dan matang)
  3. Menjalankan persampelan tanah dan daun bagi tujuan pengesyoran pembajaan diskriminasi untuk tanaman ladang
  4. Memberi perkhidmatan konsultansi bagi kebun-kebun yang bermasalah

KADAR CAJ PERKHIDMATAN MAKMAL & AGRONOMI BIASA OLEH RISDA ESTATES

Berikut adalah senarai PDF Brochure yang boleh dimuat turun untuk maklumat lanjut :-